Wednesday 9 February 2011

Polis Tembak Mati Lelaki Mengamuk Serang Polis Dengan Parang


(gambar hanya contoh)

SEREMBAN: Polis menembak mati seorang penganggur yang mengamuk apabila dia menyerang polis dengan sebilah parang di sebuah rumah di Taman Chempaka, Jalan Rompin, Bahau, pada Selasa.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata pemuda berumur 30-an itu mati akibat kecederaan di bahagian pipinya selepas terkena sedas tembakan, dalam kejadian pada kira-kira pukul 5 petang.

Beliau berkata pada kira-kira pukul 2 petang empat anggota polis pergi ke rumah berkenaan selepas menerima panggilan daripada seorang suri rumah mengenai anaknya yang sedang mengamuk.

Katanya kira-kira tiga jam kemudian selepas usaha memujuk tidak berhasil dan bimbang dengan ancaman keselamatan kerana pemuda itu mempunyai sebilah parang, polis menggunakan 'taser gun' untuk melumpuhkan pergerakannya, namun ia tersasar, menyebabkan pemuda itu bertambah agresif.

"Pihak polis kemudiannya cuba berundur tapi malangnya salah seorang anggota, Sjn Abdul Rahim Hamid, 50, yang tidak sempat beredar terus diserang dan ditetak bertubi-tubi di bahagian kepala dengan parang oleh pemuda itu," katanya pada satu persidangan akhbar di sini, pada Rabu.

Osman berkata seorang anggota polis terpaksa melepaskan sedas tembakan untuk menghentikan serangan, dan pemuda itu kemudiannya terus rebah dan mati di tempat kejadian.

Beliau berkata Abdul Rahim yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dibawa ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), dan keadaannya stabil.

Katanya mayat pemuda itu dihantar ke HTSJ untuk bedah siasat, dan polis percaya pemuda itu mungkin mempunyai sejarah gangguan mental. - BERNAMA

emmm macam-macam...

Pilihan anda:

buat duit di MUDAH.MY
alat jimat petrol..wow
anda nak tinggi?..alat tambah tinggi
belajar bina website
belajar buat coklat di rumah
belajar buat website canggih
cara pantas belajar gitar
malam pertama...sodap
jodoh anda mungkin di facebook
bina website senang
teknik mudah buat duit internet
belajar jadi 'hackers'

Thursday 3 February 2011

CD Panduan Cara Buat Coklat Dari Rumah


Bagi mereka yang ingin belajar buat coklat dari rumah. Anda boleh mendapatkan CD Rahsia Buat Coklat Dari Rumah ini. Ia mengandungi ebook dan video bagaimana untuk anda memulakan perniagaan coklat dari rumah. Banyak ilmu terkandung di dalam ebook dan video ini. Jangan lepaskan peluang belajar buat coklat dan berniaga jual coklat dari rumah.


















Suka Sudoku, klik sini:

Sudoku