Monday 20 February 2012

Latif Ibrahim Meninggal Dunia

Penyanyi Abdul Latif Ibrahim, 62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Petaling Jaya, pada 20 Feb 2012 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam ini (20feb2012).


Al-Fatihah dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Suka Sudoku, klik sini:

Sudoku